SUMBANGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MAYA TERHADAP KOMPETENSI PENGAJARAN GURU

Please download to get full document.

View again

of 10
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Information Report
Category:

Data & Analytics

Published:

Views: 150 | Pages: 10

Extension: PDF | Download: 1

Share
Related documents
Description
SUMBANGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MAYA TERHADAP KOMPETENSI PENGAJARAN GURU Mat Rahimi Yusof SMK Penarek, Setiu, Terengganu Mohd Yusri Ibrahim Pusat Pendidikan Asas dan Liberal Universiti
Transcript
SUMBANGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MAYA TERHADAP KOMPETENSI PENGAJARAN GURU Mat Rahimi Yusof SMK Penarek, Setiu, Terengganu Mohd Yusri Ibrahim Pusat Pendidikan Asas dan Liberal Universiti Malaysia Terengganu ABSTRAK Kepimpinan instruksional yang efektif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian secara rentasan ini bertujuan untuk melihat sumbangan kepimpinan instruksional maya terhadap kompetensi pengajaran guru sekolah menengah di Terengganu. Data kajian melibatkan 150 responden yang dikumpul menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan semua tujuh dimensi yang dicadangkan untuk pemboleh ubah kepimpinan instruksional maya adalah signifikan untuk pemboleh ubah tersebut dengan nilai loading faktor antara Bagi dimensi-dimensi yang dicadangkan untuk pemboleh ubah kompetensi pengajaran, dapatan kajian juga adalah signifikan untuk pemboleh ubah tersebut dengan nilai loading faktor antara Selain itu, dapatan juga menunjukkan kepimpinan instruksional maya menyumbang secara signifikan terhadap kompetensi pengajaran guru (β=0.31, CR=3.613, P=0.00). Akhirnya sebuah model interaksi antara kepimpinan instruksional maya dan kompetensi pengajaran guru berjaya dibangunkan. Kata kunci: Kepimpinan instruksional, kompetensi pengajaran, teknologi mudah alih Pendahuluan Aspirasi kerajaan dalam wawasan 2020 adalah mencapai taraf negara maju yang seimbang dalam aspek ekonomi, sosial dan teknologi. Hasrat ini boleh tercapai sekiranya negara berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti. Oleh itu sekolah adalah institusi formal yang bertanggungjawab menyumbang terhadap kejayaan program pembangunan manusia bagi melahirkan modal insan yang cemerlang (Muhyiddin, 2011). Selain itu, kepimpinan pengetua dan kompetensi pengajaran pula bertindak sebagai faktor penyumbang kepada kecemerlangan (James & Balasandran, 2013). Kajian oleh Hallinger (2008,2011) terhadap kajian-kajian berkaitan peranan pengetua dalam pembangunan pengajaran yang telah Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by 1 dijalankan oleh penyelidik-penyelidik pendidikan selama lebih 20 tahun, merumuskan pengetua perlu berperanan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan di sekolah. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan kepimpinan instruksional maya terhadap kompetensi pengajaran guru. Selain itu pengesahan konstruk dalam dimensi kepimpinan instruksional maya, pengesahan dimensi dalam konstruk kompetensi pengajaran guru diberi penekanan. 2. Penyataan Masalah Dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan, pengetua sering didesak untuk mengamalkan kepimpinan instruksional (Hallinger, 2011; Mohd Yusri & Aziz, 2015). Hakikatnya, pengetua adalah personel yang sangat sibuk dengan tugas pentadbiran (Bity, Ahmad, Ramle,& Sani Ibrahim, 2010; Jamelaa& Jainabee, 2011; Yusri & Aziz, 2013; Suhaimi & Mazlan, 2013). Oleh itu, pengetua menghadapi kekangan untuk mempraktikkan semua fungsi kepimpinan instruksional secara holistik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Kesibukan juga telah membataskan komunikasi yang efektif pengetua dan guru, jarang berbincang dan memberi bimbingan kepada guru berkaitan pengajaran (Arsaythamby & Komuji, 2013). Dalam proses meningkatkan kompetensi pengajaran, pengetua perlu berinteraksi secara efektif dengan guru (Ariffin & Robiah, 2002; Mohd Sani, Zabidi Abdul, 2013; Sathiamoorthy, 2012; Supyan, 2014; T.Teviana, 2011) dengan memberi bimbingan,nasihat, bantuan, sokongan dan dorongan kepada guru (Bas, 2012; Norashikin, Ramli, 2013). 3. Tujuan Kajian Secara umumnya kajian ini adalah untuk melihat sumbangan kepimpinan instruksional maya pengetua dan kompetensi pengajaran guru. Akhirnya, berdasarkan dapatan kajian sebuah model interaksi kepimpinan instruksional maya dan kompentensi pengajaran guru dibangunkan. Beberapa aspek akan diberi penekanan iaitu pengesahan konstruk dalam dimensi kepimpinan instruksional maya, pengesahan dimensi dalam konstruk kompetensi pengajaran guru, sumbangan kepimpinan instruksional maya terhadap kompetensi pengajaran guru serta kesepadanan data kajian dengan model interaksi yang dicadangkan. 4. Sorotan Literatur Dan Kerangka Konsep i. Kepimpinan Instruksional Maya Dalam PPPM ( ), aspirasi kerajaan adalah untuk menempatkan kepimpinan instruksional berkompetensi dan berprestasi tinggi di semua sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Namun kepelbagaian dalam definisi, teori dan konsep kepimpinan instruksional menyebabkan lahir Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by 2 model kepimpinan instruksional yang berbeza seperti model Hallinger dan Murphy (1985,1987), model Murphy (1990) dan model Weber (1996). Impaknya pengetua menghadapi kekangan dalam mempraktikkan sepenuhnya fungsi kepimpinan instruksional (James & Balasandran, 2013; Rahimi & Yusri, 2014;Yusri & Aziz, 2015; Yusri, 2014b). Perbezaan ini menjadi satu masalah yang serius dan meruncing (Yusri & Aziz, 2015) kerana belum ada model yang khusus yang menggambarkan tingkah laku kepimpinan instruksional yang lebih sesuai dan mesra dengan persekitaran pendidikan Malaysia (Hussein, 2005, 1993). Kini, penyelidik tempatan telah berjaya menghasilkan model modifikasi pengajaran pengetua berlatarkan sistem pendidikan negara kita. Dua sumbangan baru dikenal pasti iaitu pengaplikasian ICT dalam pengurusan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dan sokongan komuniti ( Yusri, 2012). Seterusnya, Rahimi dan Yusri (2014), mencadangkan sebuah model konsep kepimpinan instruksional maya, pola komunikasi dan kompetensi pengajaran guru. Model yang menampilkan lima fungsi kepimpinan instruksional yang dipilih daripada kombinasi model Hallinger dan Murphy (1985) dan Yusri (2012). Fungsi tersebut ialah menyampaikan matlamat sekolah dengan jelas, menyelia dan menilai pengajaran, memantau kemajuan murid, mengintegrasi penggunaan teknologi mobil dan menyediakan insentif kepada guru yang dijangka akan mempengaruhi peningkatan kompetensi pengajaran guru. ii. Kompetensi pengajaran guru. Di Malaysia belum ada satu standard kompetensi guru sebagaimana negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia dan Belanda. Menyedari hakikat ini, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah menghasilkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) yang boleh dijadikan asas untuk meningkatkan mutu perkhidmatan profesion keguruan serta asas standard kompetensi pengajaran guru. Shahril (2005), menekankan guru yang berkompetensi harus mengajar mengikut aras yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid. Manakala Yusri (2012), merujuk kompetensi pengajaran guru sebagai kualiti atau kemampuan pengajaran guru yang dilihat dalam tiga aspek utama iaitu interaksi dengan murid, strategi pengajaran dan kawalan kelas. Rohayati et.al (2012), mengkaji hubungan antara kompetensi guru, sokongan dan prasarana sekolah dengan sikap guru terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran. Kajian ini mengimplikasikan bahawa faktor seperti kompetensi guru, prasarana sekolah, sokongan daripada rakan dan pengetua adalah penting bagi membentuk sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Berasaskan kepada sorotan tersebut kerangka konsepsual kajian seperti rajah 1 berikut dicadangkan: Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by 3 Kepimpinan Instruksional Maya - Menjelaskan Matlamat Sekolah - Menyelia Dan Menilai Pengajran -Memantau Kemajuan Pelajar - Mengintegrasi Teknologi Mobil - Memberi Insentif Kepada Guru - Memberi Insentif Kepada Murid - Melibatkan Sokongan Komuniti Kompetensi Pengajaran Guru - Nilai Profesionalisme Guru - Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran - Komunikasi Guru Murid Rajah 1: Kerangka konsep kajian iii. Sumbangan Kepimpinan Instruksional Terhadap Kompetensi Pengajaran Guru Kajian menunjukkan bahawa faktor kepimpinan pengajaran menyumbang secara positif terhadap kualiti pengajaran guru (Hallinger, 2008, 2011; Abdul Ghani & K. Anandan, 2012; Jawi, Yusof, & Usang, 2013; Aniza & Zaidatol Akmaliah, 2013; Bitty et al., 2010; Davarajoo, 2012). Kajian juga mendapati pengetua mengamalkan semua fungsi kepimpinan instruksional dan wujud hubungan yang signifikan terhadap kompetensi pengajaran guru, efikasi kendiri guru dan pencapaian akademik (Yusri & Aziz, 2013; Yusri, 2012). Kajian Sazali et. al (2007) yang menyelidik perkaitan antara kepimpinan pengajaran guru besar dan kompetensi pengajaran guru mendapati kepimpinan pengajaran adalah pemboleh ubah peramal kepada kompetensi pengajaran guru. Hasil dapatan kajian Yusri (2012) pula mendapati kepimpinan instruksional pengetua mempunyai hubungan yang positif serta peramal signifikan terhadap efikasi kendiri guru, efikasi mengajar guru, kompetensi pengajaran dan pencapaian akademik. Kini, telah berlaku evolusi dalam kajian kepimpinan instruksional. Model kepimpinan maya yang berlatarkan sistem pendidikan tempatan berjaya dibangunkan (Yusri & Aziz, 2013; Yusri, Hasniza, & Zaimah, 2013; Yusri, 2014). Model ini menguatkan lagi bahawa kepimpinan instruksional maya boleh dipraktikkan. Begitu juga dengan model kesan kepimpinan pengajaran pengetua terhadap kompetensi pengajaran guru (Yusri & Aziz, 2015). Dapatan menunjukkan kepimpinan pengajaran mempunyai hubungan positif dan menyumbang secara signifikan terhadap pengajaran guru. 5. Metodologi Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara rentasan iaitu mengkaji populasi dengan mengukur sampel daripada sebahagian sample yang ditetapkan (Gay, Mills, & Airasian, 2011; Lodico, T., Dean, Spaulding, & Voegtle, 2010; Yusri, 2012; Sidek, 2013). Populasi kajian ini adalah guru-guru sekolah menengah harian biasa dan sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK) di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang guru yang ditentukan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata dan formula penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Data dikumpul menggunakan soal selidik Principles Instructional Management Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by 4 Rating Scales (PIMRS) oleh Hallinger dan Murphy (1985) yang kemudiannya diubah suai oleh (Yusri dan Aziz, 2011;Yusri, 2012) untuk pemboleh ubah kepimpinan instruksional maya dan pemboleh ubah kompetensi pengajaran guru pula soal selidik Hay Mc Ber Measures of Teacher Effectiveness (2000) digunakan. Data dianalisis menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan program AMOS 22 adalah untuk menguji sumbangan secara terus pemboleh ubah bebas kepada pemboleh ubah bersandar yang ditentukan melalui nilai nisbah kritikal (CR). Nilai CR melebihi 1.96 dan nilai signifikan p kurang 0.5 menunjukkan pemboleh ubah peramal menyumbang secara signifikan kepada pemboleh ubah bersandar. Manakala kesepadanan model hipotesis yang diuji ditentusahkan menggunakan fit indeks X (CMIN), GFI, CFI, RMSEA, PCFI dan PNFI. Model hipotesis dianggap sepadan dengan data kajian apabila nilai χ2 tidak signifikan iaitu melebihi 0.05 (Chua, 2009; Yusri, 2012; Meyers, Gamst, & Guarino, 2013). Nilai RMSEA sangat baik jika lebih kecil 0.08, (Chua, 2009; Mohd Yusri, 2010) namun masih diterima jika kurang daripada 0.1. (Byrne, 2013; Yusri, 2012). Model hipotesis juga dianggap sepadan apabila nilai Goodness of Fix Index (GFI) melebihi 0.90 (Chua,2009; Meyers, Gamst dan Guarino, 2013; Yusri, 2012). Nilai fix indeks PNFI dan PCFI diterima jika melebihi 0.50 (Meyers, Gamst dan Guarino 2013). Bagi mengesahkan model yang dibina dianggap mempunyai kesahan apabila nilai bootstrap melebihi 0.05 (Bollen & Stine, 1992). Nilai bootstrap melebihi 0.05 menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara data yang dikumpul dengan responden dengan model yang dicadangkan. Oleh itu model yang dicadangkan sah berdasarkan data yang dikumpul daripada responden. 6. Dapatan Seramai 150 responden yang terdiri daripada 62 guru lelaki dan 88 guru perempuan telah menjawab dan memulangkan soal selidik yang diagihkan. Maklumat lengkap responden kajian dipaparkan dalam jadual 1 berikut: Jadual 1: Responden kajian Demografi Faktor Bilangan Peratus Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Lokasi sekolah Bandar Luar Bandar Jumlah Kelulusan akademik Sijil/diploma tertinggi Ijazah Sarjana Muda Sarjana Jumlah Gred jawatan DG DG DG DG DG DG Jumlah Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by 5 Semua pemboleh ubah kajian berada dalam taburan normal dan saling berkorelasi antara satu sama lain. Jadual 2 berikut memaparkan matriks bagi maklumat deskriptif, normaliti dan korelasi pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian. Jadual 2: Deskriptif, normaliti dan korelasi, (nilai AVEs ditunjukkan secara diagonal) Min sp skew kurtosis MSK MIM MIG MiTM KGM KPdP NPG MMS MMP MKP Gambar rajah 2 berikut menunjukkan model interaksi kepimpinan instruksional maya dan kompetensi pengajaran guru yang dibangunkan. Dapatan menunjukkan semua dimensi yang dicadangkan untuk kepimpinan pengajaran maya dan kompetensi pengajaran guru adalah sepadan apabila faktor loading melebihi 0.7. Dapatan juga menunjukkan semua fit indeks yang diuji mencapai tahap yang dikehendaki untuk mengesahkan model hipotesis yang dicadangkan seperti dalam kerangka konsep kajian adalah sepadan dengan data yang dikumpul. Rajah 2: Model akhir Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by 6 Jadual 3 yang berikut menunjukkan nilai nisbah kritikal (CR) sumbangan kepimpinan instruksional maya kepada kompetensi pengajaran guru melebihi nilai Ini bermaksud sumbangan tersebut adalah signifikan. Begitu juga dengan dimensi-dimensi kepimpinan instruksional dan kompetensi pengajaran guru. Estimate S.E. C.R. P Label Kompetensi_Pengajaran_Guru --- Kepimpinan_Instruksional_Maya *** par_5 Memantau Kemajuan Pelajar --- Kepimpinan_Instruksional_Maya Menyelia dan Menilai --- Pengajaran Kepimpinan_Instruksional_Maya *** par_1 Menjelaskan Matlamat Sekolah --- Kepimpinan_Instruksional_Maya *** par_2 Nilai Profesionalisme Guru --- Kompetensi_Pengajaran_Guru Kemahiran PdP --- Kompetensi_Pengajaran_Guru *** par_3 Komunikasi --- Kompetensi_Pengajaran_Guru *** par_4 Mengintegrasi Teknologi Mobil --- Kepimpinan_Instruksional_Maya *** par_6 Memberi Insentif Kepada Guru --- Kepimpinan_Instruksional_Maya *** par_7 Memberi Insentif Kepada Murid --- Kepimpinan_Instruksional_Maya *** par_8 Melibatkan Sokongan Komuniti --- Kepimpinan_Instruksional_Maya *** par_9 Jadual 3: Pekali Regrasi Untuk lebih terperinci, Jadual 4 berikut memaparkan semua fit indeks dan nilai bootstrap yang memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengesahkan model yang dicadangkan sepadan dengan data yang dikumpul Jadual 4: Ujian Kesepadanan Model Fit Indeks Julat Cadangan Keputusan χ 2 Kecil df - 34 P Nisbah χ 2 /df) GFI CFI RMSEA PCFI PNFI Bootstrap Bollen-Stine Rumusan, Implikasi Dan Cadangan Dapatan kajian ini telah berjaya membangunkan model interaksi kepimpinan instruksional maya terhadap kompetensi pengajaran guru. Dapatan juga mengesahkan teori kepimpinan instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1987) yang mencadangkan kepimpinan instruksional terdiri daripada mendefinisi matlamat sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran dan memupuk iklim sekolah. Selain itu dapatan ini juga mengesahkan fungsi kepimpinan instruksional yang dicadangkan oleh Hallinger dan Murphy (1987) dalam setiap dimensi yang dipilih. Fungsi yang dimaksudkan ialah menjelaskan matlamat sekolah, menyelia dan menilai pengajaran, memantau kemajuan murid, memberi insentif kepada guru dan memberi insentif kepada murid. Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by 7 Seterusnya dapatan ini juga mengesahkan dua fungsi baru oleh Yusri (2012) iaitu mengintegrasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan sokongan komuniti serta mengesahkan tiga dimensi kompetensi pengajaran guru yang dicadangkan iaitu nilai profesionalisme guru, kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi guru dan murid. Secara tidak langsung dapatan kajian ini menyokong kajian Sazali et. al (2007) dan Yusri dan Aziz (2015) yang mendapati kepimpinan pengajaran mempunyai hubungan positif dan menyumbang secara signifikan terhadap pengajaran guru. Kajian yang turut menggunakan analisis SEM berjaya membangunkan model kesan kepimpinan pengajaran pengetua terhadap kompetensi pengajaran guru. Dalam konteks kepimpinan pendidikan abad ke-21, kajian ini memberi implikasi yang bermakna terhadap sistem pendidikan negara. Kepimpinan instruksional maya berbantukan teknologi mudah alih seperti telefon pintar, galaxy tab dan BlackBerry dapat membantu pengetua menjalankan fungsi sebagai pemimpin instruksional yang baik. Hasrat kerajaan dalam PPPM ( ) ingin menempatkan kepimpinan instruksional berkompetensi dan berprestasi tinggi di semua sekolah diharap dapat direalisasikan. Kajian ini telah berjaya mengenal pasti dua elemen yang saling berkait rapat iaitu kepimpinan instruksional maya pengetua dan kompetensi pengajaran guru. Secara khususnya, daripada dapatan kajian ini, beberapa cadangan berikut dikemukakan: a. Pengetua perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ICT. Ini kerana kepimpinan instruksional maya terbukti menyumbang kepada kompetensi pengajaran guru, b. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bersama agensi-agensi berkaitan seperti Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru perlu membuat penambahbaikan terhadap kurikulum latihan kepengetuaan dengan menekankan aspek pengintegrasian ICT dalam aspek melaksanakan fungsi kepimpinan pengajaran. c. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menilai aspek kepimpinan instruksional sebagai aspek utama untuk pelantikan, kenaikan pangkat dan anugerah terhadap pengetua. Ini adalah kerana aspek kepimpinan instruksional sudah dikenal pasti sebagai penyumbang yang signifikan terhadap kompetensi pengajaran guru. Rujukan Abdul Ghani, K., & K. Anandan. (2012). Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator. In Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan pendidikan keli ke 19 (SN 19) (pp. 1 18). Abdul Jawi, A. S., Mohd Yusof, A., & Usang, N. (2013). Implikasi kepimpinan pengetua, kepuasan kerja guru dan pengajaran guru terhadap pembelajaran pelajar. In Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke 19 (SN19). Aniza, B., & Zaidatol Akmaliah, L. P. (2013). Amalan kepimpinan pengajaran mengikut kumpulan prestasi sekolah. In Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013) (pp ). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by 8 Ariffin Baa da, & Robiah Sidin. (2002). Komunikasi Pengetua -Guru :Satu Analisis. Jurnal Teknologi, 37(E), Arsaythamby Veloo, & Komuji, M. M. A. (2013). Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28, Bas, G. (2012). Correlation between School Principals Instructional Leadership Behaviours and Teachers Organisational Trust Perceptions. Middle Eastern & African Journal of Educational Research, (1). Bitty Salwana, A., Ahmad Basri, M. Y., Ramlee, M., & Mohammed Sani, I. (2010). Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan pengurusan sekolah menengah Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), Bollen, K. A., & Stine, R. A. (1992). Bootstrapping Goodness-of-Fit Measures in Structural Equation Models. Sociological Methods & Research, 21(2), Chua, Y. P. (2009). Asas statistik penyelidikan : Analisis data skala ordinal dan skala nominal. Shah Alam: Mc Graw Hill(M). Davarajoo, E. (2012). Hubungan antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di zon Tanjung Karang. In Seminar Nasional Pengurasan dan Kepimpinan Pendidikan ke 19 (SN19). Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2011). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications (10th Edition). Upple Sadder River: NJ: Pearson Education. Halli
Recommended
View more...
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks