Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Please download to get full document.

View again

of 11
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Information Report
Category:

Legal forms

Published:

Views: 11 | Pages: 11

Extension: PDF | Download: 1

Share
Related documents
Description
Journal of Business and Social Development Volume 4 Number 2, September 2016: ISSN: Penerbit UMT PERSEPSI TERHADAP KREDIBILITI PEMIMPIN DAN PENENTUAN DIMENSI PALING DOMINAN (PERCEPTION
Transcript
Journal of Business and Social Development Volume 4 Number 2, September 2016: ISSN: Penerbit UMT PERSEPSI TERHADAP KREDIBILITI PEMIMPIN DAN PENENTUAN DIMENSI PALING DOMINAN (PERCEPTION TOWARD LEADER S CREDIBILITY AND DOMINANT DIMENSION DETERMINATION ) NOOR AISYAH ABD AZIZ, CHE HASNIZA CHE NOH * DAN AZIZ AMIN Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. *Corresponding author: Abstrak: Kredibiliti merupakan elemen penting khususnya dalam kepimpinan. Tanpa kredibiliti, seorang pemimpin dilihat tidak mampu untuk mempengaruhi pengikut dan seterusnya tidak berupaya untuk memimpin. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dimensi kredibiliti yang paling dominan bagi pemimpin berdasarkan kepada persepsi responden. Selain itu, kajian ini ingin mengenal pasti perbezaan faktor demografi dengan persepsi terhadap kredibiliti pemimpin. Kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir di institut pengajian tinggi awam sekitar Terengganu dan Kelantan. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tiga dimensi ethos/kredibiliti mengandungi 18 soalan termasuk enam bipolar adjektif dengan merujuk soal selidik yang dikemukan oleh McCroskey dan Teven, (1999). Dapatan data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Secara keseluruhannya, kajian mendapati tiada perbezaan signifikan antara faktor demografi dan persepsi terhadap kredibiliti pemimpin. Kajian juga mendapati dimensi kredibiliti yang paling dominan ialah kompeten. Kajian ini memberi implikasi bahawa aspek kompeten perlu diberi perhatian khususnya dalam memilih pemimpin atau calon bagi pilihan raya di Malaysia. Kata kunci: Kredibiliti, kompeten, pemimpin. Abstract: Credibility is an important element for leadership. Without credibility, the leader could not influence their follower and lead. This study is to identify the dominant credibility dimension of the leader based on the respondents perception. Furthermore, this study also identifies if there is any differences of demographic factors towards the leaders credibility. This study involves the final year students at the public university around Terengganu and Kelantan. The three instruments that were used to benchmark the ethos/credibility involve 18 questions with six bipolar adjective by referring to McCroskey & Teven, (1999). The data were analysed using the SPSS software. Overall, this study indicates that there is no significant difference within the demographic factor and the perception towards the leaders credibility. The study demonstrates that the dominant dimension of credibility is the competency. This study shows that the implication to the aspect of competency should be given more attention in selecting the leader or representative for the election in Malaysia. Keywords: Credibility, competent, leader. Pengenalan Kredibiliti pemimpin merupakan antara faktor yang sangat penting dalam konteks komunikasi politik. Menurut McCroskey (1971) dalam Teven (2008), pertandingan politik pada dasarnya merupakan satu pertandingan kredibiliti dan di pihak pengundi pula akan mengundi berdasarkan pemimpin yang dianggap paling kredibel. Kredibiliti dianggap sumber maklumat yang memainkan peranan penting dalam membuat sebarang keputusan (Pornpitakpan, 2004). Ini kerana penyampai yang berkredibiliti mampu memberi impak terhadap sikap penerima mesej, perhatian, dan perlakuan (Eisend, 2006). Dimensi pertama bagi kredibiliti ialah kompeten (Berlo et al., 1970; Hovland et al., 1953; Pornpitakpan, 2004). Seseorang itu dianggap kompeten, sekiranya mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemampuan PERSEPSI TERHADAP KREDIBILITI PEMIMPIN DAN PENENTUAN DIMENSI 15 sebagai pemimpin (Page, 1978). Dimensi kedua bagi kredibiliti sumber ialah kebolehpercayaan atau karakter (Hovland et al., 1953; McCroskey, 1967; Berlo et al., 1970; Pornpitakpan, 2004). Dalam kempen politik, kebolehpercayaan adalah tahap pengundi meyakini calon yang bertanding. Menurut Barber (1985) dalam Peterson (2005), kebolehpercayaan ialah asas kepada jawatan pemimpin dan peramal kepada pilihan pengundi. Kebanyakan pengkaji merumuskan kompeten dan kebolehpercayaan adalah elemen penting bagi membezakan sumber yang berkredibiliti atau tidak berkredibiliti (Kelman & Hovland, 1953; Mills & Jellison, 1967). Manakala, kebajikan adalah komponen ketiga dalam kredibiliti sumber (McCroskey & Teven, 1999). Mesej positif yang disampaikan oleh calon politik berkecenderungan untuk memberi kesan dalam mempengaruhi pengundi (Pfau & Kang, 1991). Ahli politik yang mempunyai hubungan yang baik dengan pengundi dianggap sebagai sumber yang lebih berkredibel. Kajian empirikal telah melaporkan bahawa dimensi kebajikan sebagai sebahagian daripada ethos/sumber kredibiliti dan ukuran dimensi berkenaan telah dibuktikan dengan kebolehpercayaan dan kesahan (McCroskey & Teven, 1999). Komunikator yang berkredibiliti mempunyai semua atribut tersebut ataupun sekurang-kurangnya salah satu daripadanya. Kajian oleh Teven (2008), yang menganalisis kredibiliti yang dimiliki oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) 2008, menemui bahawa kebajikan menjadi peramal yang paling kuat dalam mempercayai calon. Kebolehpercayaan menjadi peramal yang rendah dan kompeten berada ditempat yang paling bawah berbeza dengan kajian terdahulu di mana kebolehpercayaan ditemui sebagai peramal yang kuat dalam mempercayai calon yang bertanding. Di Amerika Syarikat, pentadbiran Bush berkenaan retoriknya mengenai serangan 11 September telah dikaji oleh Wolbert (2008). Kajian ini melibatkan German, Perancis dan Great Britain bagi menilai kredibiliti beliau pada pandangan masyarakat antarabangsa. Dapatan kajian mendapati Presiden Bush gagal membangunkan elemen kebajikan dalam pentadbirannya sedangkan kebajikan merupakan elemen sangat penting dalam ethos. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dimensi kredibiliti yang paling dominan bagi pemimpin dan seterusnya mengenal pasti perbezaan faktor demografi terhadap kredibiliti pemimpin. Kredibiliti dan Kepimpinan Sorotan kajian mendapati sebahagian sarjana mengasingkan dimensi kredibiliti bagi menentukan dimensi mana yang paling menonjol dengan pengundi (Teven, 2008), namun setiap dimensi tetap memberi sumbangan yang unik terhadap kepentingan dan kesan terhadap komunikasi (Richmond et al., 2002; Wrench & Booth-Butterfield, 2003; Schrodt & Witt, 2006). Hasil kajian tersebut mendapati dimensi kredibiliti calon menerima sejumlah undi daripada rakyat yang melihat seseorang calon itu mempunyai sifat kompeten, kebajikan mahupun kebolehpercayaan. Oleh sebab itu, undian yang diperoleh berbeza antara kredibiliti dan kualiti personal bagi setiap calon pemimpin yang bertanding. Kajian oleh Mohammad Nor dan Shawal (2008) mengenai keberkesanan parti politik bergantung kepada kredibiliti parti, mendapati politik berperanan penting untuk menarik pengundi menyertai proses politik dan mengundi dalam pilihan raya. Daripada tujuh faktor yang dikaji, didapati peranan media arus perdana memberi kesan yang amat ketara kepada kredibiliti dan pencapaian parti dalam PRU12. Manakala faktor kedua tertinggi yang memberi kesan kepada kredibiliti parti ialah calon parti yang bertanding dan majoriti bersetuju kredibiliti adalah punca kemerosotan Barisan Nasional dalam PRU12. Hasil daripada tinjauan ini juga mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan di antara pelbagai kategori pengundi yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan pentadbiran dan pelajar kerana mereka memberi pandangan yang hampir sama. Moral dan keperibadian pemimpin merupakan aspek utama yang memberi kesan kepada Noor Aisyah Abd Aziz et al. 16 kredibiliti kepimpinan parti (Mohammad Nor & Shawal, 2008). Aylor (1999) telah melakukan kajian bagi menguji kepentingan karektor (character) kebolehpercayaan, kompeten dan berkebajikan kepimpinan calon presiden pada tahun Aylor (1999) menyatakan bahawa etika dan moral Presiden Demokratik, Bill Clinton tidak begitu penting pada pengundi yang terus memilih beliau berbanding calon parti Republik, Robert Dole. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi terhadap kebajikan (empati) calon memainkan peranan besar jika dibandingkan dengan pilihan raya terdahulu. Kesan daripada penemuan ini ialah perlunya pembaharuan dalam kajian komunikasi politik tentang kepentingan dan konsep kebajikan bagi menjelaskan perbezaan dalam keberkesanan calon dan undi pilihan. Kajian oleh Mondak (1995), mendapati semua pengundi mempunyai kepentingan bersama dalam memaksimumkan kualiti wakil-wakil di Dewan US agar pilihan raya dapat dijalankan secara rasional. Ahli dewan yang kurang kompeten dan integriti akan diundi keluar manakala ahli dewan yang berkemahiran dan berprinsip akan dikekalkan. Didapati ahli dewan yang mempunyai kualiti yang rendah adalah amat berkemungkinan untuk meninggalkan kongres selepas hanya beberapa tahun, sama ada kerana persaraan sukarela atau kekalahan dalam pilihan raya. Penemuan kajian ini menyokong dakwaan bahawa fungsi sistem pilihan raya yang rasional memberi penekanan kepada kualiti calon yang sistemik memberikan perspektif baharu mengenai reformasi sistem pilihan raya. Satu kajian berpandukan kepada Teori Kredibiliti Sumber (Hovland, Janis & Kelley, 1953) mendapati asas dan kepercayaan adalah dua faktor penting dalam penilaian kredibiliti. Teori yang dibangunkan oleh Hovland (1953) merumuskan bahawa faktor utama dalam mempercayai mesej adalah kredibiliti sumber sama ada oleh individu atau mana-mana organisasi. Sumber kredibiliti berdasarkan kepada kenyataan bahawa sumber kredibel adalah sangat dipercayai (O Keefe, 1990). Menurut Aristotle, dimensi sumber yang ditemui ialah intelligence, character, kebajikan, manakala Hovland, Janis dan Kelly (1953) pula ialah expertness, kebolehpercayaan dan Intention towards the receiver. Bagi Berlo dan Lemert (1961) pula, dimensi yang muncul ialah kompeten, kebolehpercayaan dan dinamik. Manakala yang terbaharu mengkelaskan dimensi kredibiliti sumber adalah daripada McCroskey (2006) iaitu kepakaran, kebolehpercayaan dan mengambil berat. Berdasarkan Teori Kredibiliti, individu lebih mudah dipujuk apabila sumber komunikasi mempunyai kredibiliti (Hovland, Janis, & Kelley 1953; Sternthal et al., 1978; Petty & Cacioppo, 1986; Ohanian, 1990). Pengujian pengaruh kredibiliti sumber terhadap sikap dan tanggapan penerima, mendapati sumber yang sangat dipercayai menghasilkan sikap yang lebih positif dan menggalakkan perilaku daripada sumber yang kurang kredibel (Hovland & Weiss, 1951; Petty et al., 1983; Ohanian, 1990). Imej ialah komponen penting dalam komunikasi yang mana mesej dari sumber yang sangat kredibel sebenarnya lebih mudah dipujuk (Miller & McReynolds, 1973; McCroskey et al., 1974; Burgoon, 1976). Sebaliknya, mesej dari calon politik yang dianggap jelik boleh memberi kesan buruk terhadap calon itu sendiri (Kaid & Boydston, 1987; Pfau & Louden, 1994). Kajian keseluruhannya menyokong bahawa kredibiliti sumber adalah elemen yang penting dalam proses komunikasi (Andersen & Clevenger, 1963; McCroskey, 1972; McCroskey & Young, 1981; Rinalducci & Hanley, 2007). Kajian lepas mendapati audien akan berusaha untuk menentukan sejauh manakah sesuatu mesej boleh dipercayai yakni sama ada mesej berkenaan dapat menonjolkan situasi yang sebenarnya (Gotlieb & Sarel, 1991). Secara amnya, kajian lepas telah membuktikan bahawa penerima lebih yakin terhadap sumber yang boleh dipercayai berbanding dengan sumber yang kurang dipercayai (Baker & Churchill, 1977; Ohanian, 1990). Oleh yang demikian, keyakinan terhadap sesuatu sumber boleh mempengaruhi persepsi audien ke atas imej PERSEPSI TERHADAP KREDIBILITI PEMIMPIN DAN PENENTUAN DIMENSI 17 kredibiliti pemimpin. Apabila audien kurang mempersoalkan mesej yang disampaikan oleh pemimpin politik, mereka akan lebih cenderung untuk menganggap pemimpin berkenaan wajar diberi amanat untuk terus memimpin negara. Kajian terkini oleh Omilion-Hodges & Rodriguez (2014) yang melihat peranan media sosial dalam organisasi juga mendapati persepsi pengguna media sosial turut mempengaruhi penilaian terhadap kredibilti sesebuah organisasi. Conley (2010) pula mendapati faktor tarikan fizikal juga boleh mempengaruhi kredibiliti seseorang yang menentukan keupayaan dalam sesuatu pekerjaan. Umeogu (2012) turut menyatakan bahawa individu yang dianggap mempunyai kredibiliti lebih mudah untuk menarik perhatian dan meningkatkan kepercayaan audiens terhadap perucap. Selain itu, aspek kredibiliti ini juga dilihat penting dalam bidang berkaitan sukan, di mana Dix (2015) mendapati kredibiliti sumber boleh mempengaruhi penilaian terhadap seseorang atlit. Metodologi Kajian Persampelan Kajian ini melibatkan pelajar ijazah pertama di universiti awam di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya sekitar Negeri Terengganu dan Kelantan. Kesemua responden (331 orang) adalah pelajar Melayu tahun akhir, yang terdiri daripada pelajar lelaki (49.8%) dan pelajar perempuan (50.2%) yang berumur dalam lingkungan 22 hingga 26 tahun. Sampel dibahagikan kepada dua program pengajian utama iaitu sains sosial/sastera (50.2%) dan sains tulen (49.8%). Seramai 53 responden (16 peratus) berasal dari Kelantan, 72 responden (21.8 peratus) berasal dari Terengganu manakala selebihnya seramai 206 responden (62.2 peratus) lagi berasal luar dari negeri Kelantan dan Negeri Terengganu. Instrumen kajian Instrumen pengukuran kredibiliti menggunakan source credibility scale oleh McCroskey dan Teven (1999). Kredibiliti sumber terbahagi kepada tiga dimensi bagi setiap ukuran dengan enam bipolar adjektif (McCroskey & Teven, 1999). Responden menjawab berdasarkan persepsi mereka terhadap ahli politik yang telah dipilih. Penyusunan setiap item dalam bahagian ini menggunakan kombinasi item negatif dan positif. Soalan-soalan yang dikemukakan mengikut persekitaran semasa di Malaysia sebagai contoh tidak sensitif (hak orang Melayu/agama Islam). Melalui kajian rintis yang dijalankan, setiap dimensi kredibiliti menunjukkan nilai kebolehpercayaan antara 0.68 hingga Nilai yang didapati menunjukkan kesemua item yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan tinggi dan konsisten melebihi 0.6 (Sekaran & Bougie, 2011) Dapatan Kajian Faktor Demografi dan Persepsi Terhadap Kredibiliti Pemimpin Jadual 2 menunjukkan nilai min bagi kredibiliti secara keseluruhan ialah 3.991, iaitu pada tahap sederhana. Min bagi dimensi kredibiliti kompeten merupakan yang paling tinggi iaitu manakala min paling rendah ialah dimensi kredibiliti kebolehpercayaan iaitu Kesemua nilai min dimensi kredibiliti berada pada tahap yang sederhana. Aspek demografi yang dikaji bagi mengukur perbezaan dari sudut persepsi responden Jadual 1: Dimensi kredibiliti dan nombor item Dimensi No. Item Positif No. Item Negatif Jumlah Kompeten 1, 11, 16 2, 7, 13, 6 Kebolehpercayaan 3, 5, 9, 8, 15, 18 6 Kebajikan/prihatin 4,10, 12, 6,14, 17 6 Kredibiliti Keseluruhan 9 item 9 item 18 Noor Aisyah Abd Aziz et al. 18 Dimensi kredibiliti Kompeten Kebajikan Jadual 2: Min setiap dimensi kredibiliti sumber Dimensi Min Tahap Kompeten Sederhana Kebolehpercayaan Sederhana Kebajikan Sederhana Jadual 3: Analisis ujian-t persepsi responden terhadap dimensi kredibiliti pemimpin mengikut faktor jantina responden Jantina N Min Sisihan piawai Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Dk t Sig Dimensi kredibiliti Kompeten Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan Kebajikan Jadual 4: Analisis ujian-t persepsi responden berdasarkan jurusan pengajian terhadap dimensi kredibiliti pemimpin Jantina N Min Sisihan piawai Sains Sosial Sains Tulen Sains Sosial Sains Tulen Sains Sosial Sains Tulen Dk t Sig terhadap dimensi kredibiliti pemimpin adalah jantina, jurusan pengajian dan asal responden. Aspek jantina dan jurusan pengajian diuji dengan menggunakan ujian-t manakala ujian Anova sehala digunakan bagi menguji perbezaan persepsi responden mengikut negeri asal responden terhadap kredibiliti pemimpin. Merujuk jadual 3, perbandingan persepsi pelajar terhadap dimensi kredibiliti pemimpin berdasarkan jantina pelajar mendapati bagi dimensi kompeten mempunyai nilai (t = 0.685), nilai signifikan (2 tailed) p=0.494, p 0.05 adalah tidak signifikan. Oleh itu, persepsi terhadap kredibiliti pemimpin tidak mempunyai perbezaan signifikan dengan jantina pelajar (lelaki atau perempuan). Antara jantina pelajar dengan dimensi kebajikan dan kebolehpercayaan pemimpin, didapati masing-masing nilai (t=-1.889) dan (t= ), p 0.05 adalah tidak signifikan. Ini menunjukkan bahawa jantina pelajar tidak signifikan dalam membuat persepsi terhadap kredibiliti pemimpin. Jadual 4 menunjukkan perbezaan antara persepsi pelajar dan dimensi kompeten kredibiliti pemimpin mengikut jurusan pengajian pelajar yang mana didapati ia tidak signifikan dengan nilai t (329) = 0.624, nilai signifikan (2 tailed) p = 0.533, p Bagi dimensi kebolehpercayaan juga tidak signifikan apabila nilai t (329) = ), p Begitu juga persepsi pelajar mengikut jurusan pengajian pelajar terhadap dimensi kredibiliti kebajikan menunjukkan ianya tidak signifikan iaitu t (329) = ), p Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara persepsi pelajar mengikut jurusan pengajian terhadap semua dimensi kredibiliti pemimpin. PERSEPSI TERHADAP KREDIBILITI PEMIMPIN DAN PENENTUAN DIMENSI 19 Jadual 5: Analisis Anova sehala perbandingan persepsi pelajar berdasarkan negeri asal responden terhadap dimensi kredibiliti kompeten pemimpin Sumber Jumlah N Min kuasa dua Antara kumpulan Dalam kumpulan Jumlah *Aras Signifikan p 0.05 F Sig. Jadual 6: Analisis Anova sehala perbandingan persepsi pelajar berdasarkan negeri asal responden terhadap dimensi kredibiliti kebolehpercayaan pemimpin Sumber Jumlah N Min kuasa dua Antara kumpulan Dalam kumpulan Jumlah F Sig. Jadual 5 menunjukkan perbezaan persepsi pelajar mengikut negeri asal dan dimensi kredibiliti kompeten pemimpin. Keputusan ujian Anova sehala yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi responden mengikut negeri asal responden terhadap dimensi kredibiliti kompeten F (2,328)= 2.087, p 0.05. Jadual 6 menunjukkan perbezaan persepsi pelajar mengikut asal responden dan dimensi kredibiliti kebolehpercayaan pemimpin. Keputusan ujian Anova Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar mengikut negeri asal dan dimensi kredibiliti kompeten. Hasil ujian tersebut menunjukkan nilai F (2,328) = 1.429, p 0.05. Perbincangan dan Kesimpulan Pada keseluruhannya, min dimensi kredibiliti kompeten paling tinggi berdasarkan persepsi responden kajian ini. Hasil temuan ini menyamai dapatan kajian lepas oleh sarjana terdahulu (McCurley & Mondak, 1995; Mondak, 1995). Skor min kompeten mencatat nilai paling tinggi iaitu 4.139, diikuti dengan skor min kebajikan iaitu dan skor min kebolehpercayaan merupakan dimensi kredibiliti yang paling rendah dengan nilai min Hal ini berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Aylor (1999) dan Teven (2008) yang menemui kebajikan sebagai elemen kredibiliti pemimpin yang paling penting dalam minda pengundi. Perbezaan ini secara jelas memperlihatkan setiap negara berbeza hasil dapatan kajiannya dengan negara lain dan aspek kredibiliti berbeza dari seorang pengkaji dengan pengkaji yang lain. Dapatan ini menyokong teori kredibiliti sumber yang menyatakan bahawa dimensi kredibiliti kompeten merupakan elemen yang paling penting bagi membezakan sumber berkenaan berkredibiliti ataupun tidak (Kelman & Hovland, 1953; Mills & Jellison, 1967). Dalam konteks negara membangun menuju kepada sebuah negara maju pada tahun 2020, Malaysia bukan sahaja memerlukan pemimpin yang mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang malah juga seorang pemimpin yang boleh mengadaptasi dengan perubahan persekitaran yang berlaku bagi mendepani cabaran masakini dan bersedia untuk masa hadapan. Pemimpin sebegini sangat penting dalam membantu memulihkan ekonomi dan menangani isu-isu sosial apatah lagi berada di dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Kecekapan Noor Aisyah Abd Aziz et al. 20 pengurusan ekono
Recommended
View more...
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks